jugra

Click here to edit subtitle

BERITA

MEI 2018

1. Label dari Jehrman iaitu Schwarzburg Produktionen telah bersetuju untuk menerbitkan album Alif Ba Ta dalam format pro-CD dengan cetakan yang dirancang beliau sebanyak 500 keping bercetak. Walaubagaimanapun, tarikh terbitan masih belum didedahkan lagi.

2. Album ke-tiga "RAC untuk Nusantara" pula akan diterbitkan oleh Heritage Nusantara Produktion dalam format pro-CDR dengan buku muka tebal lengkap dengan senikata dan gambar, cetakan sebanyak 100 keping bercetak adalah perancangan asal. Tarikh penerbitan juga masih belum didedahkan lagi.


20/03/2018

1. EP  ᨌᨑᨗᨈᨊ ᨄᨚᨒᨙ ᨔᨘᨒᨋᨙᨔᨗ diterbitkan oleh Heritage Nusantara Produktion terhad 20 cetakan sahaja. Merupakan rilisan folk ambient pertama Jugra yang dikendalikan sepenuhnya oleh Andika menampilkan instrumentasi tradisional Nusantara & penggunaan synth serta keyboard dengan pengaruh dari kumpulan ambient seperti Wojnar, Piorun dll. Rilisan ini juga merupakan rilisan unik Jugra kerana menampilkan tajuk lagu menggunakan bahasa Bugis & bahasa Makassar sambil menggunakan tulisan Lontara'.


17/03/2018

1. Album ke-dua Alif Ba Ta telah diterbitkan secara rasminya oleh Winter Solace Production dalam format Pro-Kaset dengan cetakan sebanyak 200 keping bercetak. Disebabkan kekangan ekonomi, Winter Solace hanya mampu menerbitkan kaset sahaja, bermakna Jugra harus mencari label baru untuk menerbitkan CDnya.


SEPTEMBER-DISEMBER 2017 HINGGA MAC 2018

1. Sesi rakaman album ke-tiga telah bermula, rakaman dijalankan oleh Daeng Andika (pada masa ini telah menukar nama kepada Andika Daeng Tenrikalla) selaku Bes & Vokel, Daeng Hitam selaku sessionist Gitar, Jambu, Anep (ex-Ajal, 13 Krieg) & Fendi selaku sessionist Dram. 11 lagu telah dirakamkan kesemuanya di mana 5 merupakan lagu lama dari album pertama dirakamkan semula dengan mood RAC & 6 buah lagu baru berirama RAC. Album ke-tiga ini adalah berkonsep RAC sepenuhnya sambil judul albumnya diberi judul "RAC untuk Nusantara". Album ini juga merupakan album pertama Jugra yang menampilkan Andika selaku satu-satunya ahli tetap Jugra sambil buku dalam hiasannya hanya gambar Andika seorang sahaja (tiada lagi gambar-gambar ahli). Sesi penggambaran diadakan di Bandar Petaling Jaya, Selangor. 


OGOS 2017

1. Sesi penggambaran untuk album Alif Ba Ta dijalankan di Istana Bandar, Jugra, Kuala Langat, Selangor. Penggambaran menampilkan Jugra berbusana klasik Nusantara lengkap bersenjata. Sessionist gitaris La Isma adalah salah seorang yang melibatkan diri dalam penggambaran bersama dengan seorang sahabat bernama Lana sebagai tambahan.


13/07/2017

1.  Demo berjudul  ا ب ت Demo  diterbitkan oleh Heritage Nusantara Produktion terhad 15 keping kaset sahaja. Demo ini menampilkan lagu-lagu sama yang akan terbit melalui album Alif Ba Ta nanti cuma versi peringkat awalnya dan dirakamkan secara live rehearsal.

2. Daeng Hitam tidak lagi menjadi ahli tetap Gitaris Jugra dan hanya bertindak selaku sessionist sahaja bermula hari ini atas sebab-sebab keselamatan. Daeng Andika mengumumkan Jugra sekarang adalah band perseorangan beliau dan segala rakaman akan dibantu oleh sessionist sahaja sambil beliau selaku kepala band sepenuhnya.


20/04/2017

1. Split kaset Jugra / Totenkopf - Bonded by Iron Blood & Iron Will diterbitkan oleh Produksi Purnama dan Heritage Nusantara Produktion terhad 15 keping sahaja. Terbitan sempena meraikan kesatuan rumpun Melayu antara kumpulan NSBM Malaysia (Jugra) & NSBM Singapura (Totenkopf). Diterbitkan pada tarikh hari lahir Adolf Hitler berserta percuma patches kumpulan Totenkopf. Jugra mempertaruhkan lagu baru berjudul Hingga ke Hujung Bayonet Senapang & Penentangan Bangsa Nusantara. Ke-dua dua lagu ini akan muncul dalam album ke-dua Jugra kelak.


MAC 2017

1. Split Warkvlt / Jugra / Ot Parvus / Singhasari - Ayoh! Hentikan Persengketaan SeNusantara! diterbitkan oleh Heritage Nusantara Produktion terhad 50 keping sahaja. Split ini diterbitkan sebagai meraikan kesatuan serumpun Nusantara antara kumpulan berfahaman patriotism / nasionalism dari Malaysia & Indonesia. Jugra mempertaruhkan lagu baru berjudul Harimau & Pelayar dari Selatan Timur. Ke-dua dua lagu ini akan muncul dalam album ke-dua Jugra kelak.


OKTOBER 2016

1. Single Dilema Anak Watan diterbitkan oleh Heritage Nusantara Produktion terhad 35 keping sahaja khas untuk pengumpul material Jugra. Single ini menampilkan tiga buah lagu baru Jugra (rakaman studio) iaitu Alif Ba Ta dan Dilema Anak Watan (terdapat dua versi lagu ini iaitu satu versi suara klasik rok dan satu lagi versi suara RAC).


SEPTEMBER 2016

1. Split tape Jugra / Maharlikan Konektion berjudul Malayan Nusantara Maharlikan Unity diterbitkan oleh Heritage Nusantara Produktion terhad 50 keping cetakkan. Split ini menampilkan lagu-lagu baru Jugra berirama balada & santai iaitu Alif Ba Ta dan Dilema Anak Watan (kedua-duanya dirakamkan live rehearsal) manakala bahagian Maharlikan Konektion merupakan akoustik ns folk. Split ini diterbitkan sebagai meraikan kesatuan bangsa Nusantara Melayu & Filipina yang sememangnya serumpun.

2. Rakaman album kedua Jugra - Alif Ba Ta bermula. Rakaman dijalankan oleh Daeng Hitam & La Isma selaku Gitaris, Daeng Andika selaku Bes & Vokel dan Mat selaku sessionist Dram. Lagu yang dirakamkan menerusi ahli-ahli ini adalah: Hingga ke Hujung Bayonet Senapang, Pelayar dari Selatan Timur & Penentangan Bangsa Nusantara.

3. Mat tidak dapat meneruskan rakaman akibat komitmen yang sangat sibuk. Tempat beliau digantikan oleh dua orang sessionist dram lain iaitu Jambu & Aizad. Jambu merakamkan dram untuk lagu Nusantara Raya, Dilema Anak Watan & Alif Ba Ta. Manakala Aizad merakamkan dram untuk lagu Harimau (kemudian ditukar tajuk menjadi Ilmu Rahsia Kerinchi), This is Our Land & Wanita.

4. Album ke-dua menampilkan konsep dengan membahagikan bahagian mengikut genre. 4 lagu awal berkonsepkan RAC / rock diikuti dengan 1 lagu berkonsepkan thrash metal kemudian 4 lagi lagu berkonsepkan NSBM. Berbeza dengan album pertama di mana konsep dan susunan lagu bercampur aduk genrenya tanpa ikut aturan. 


JUN 2016

1. Daeng Merah, Bert & Wan tidak lagi bersama Jugra pada saat ini dan tempat mereka tidak digantikan sebaliknya Daeng Andika memutuskan untuk hanya menggunakan ahli sessionist untuk rakaman. Mat yang sebelum ini adalah sessionist simpanan menggantikan peranan Bert sebagai dram sessionist. Tempat Bes dimainkan oleh Daeng Andika sendiri. Manakala Daeng Merah telah berpindah ke Melbourne, Australia untuk urusan kerja. Daeng Hitam bertindak sebagai gitaris utama sambil dibantu oleh seorang sessionist gitaris bernama La Isma.

2. Split tape Jugra bersama Kriegsschwur sebuah kumpulan NSBM 90an dari Jehrman. Split berjudul Onwards, Beyond Time! ini diterbitkan oleh Winter Solace Production. Split ini menampilkan lagu-lagu kover dari Spiderwar & Brown Attack namun dirakamkan secara live rehearsal (kedua-dua lagu ini dirakamkan oleh Bert di posisi Dram, Wan di posisi Bes & Daeng Merah di posisi Gitar kedua) juga satu lagu baru Jugra berjudul Nusantara Raya yang juga dirakamkan live rehearsal dimainkan oleh Daeng Hitam (Gitar), Daeng Andika (Bes & Vokel) & Mat (sessionist Dram). ketiga-tiga orang ini meneruskan perjuangan Jugra.


JANUARI 2016

1. Split CD Jugra / Spiderwar berjudul No Malay Will Ever Lost in the World diterbitkan oleh Heritage Nusantara Produktion sebanyak 50 keping bercetak. Split ini menampilkan vokal rakaman semula untuk lagu-lagu terpilih dari album pertama.

2. Daeng Kepalang meninggalkan Jugra. Posisi vokal dipenuhi oleh Daeng Andika sepenuhnya.


SEPTEMBER 2015

1. Album sulung Jugra yang juga diberi judul Jugra telah secara rasminya diterbitkan oleh label Jugra Winter Solace Productions dari Amareka Syarikat. Cetakkan sebanyak 200 keping Pro-Kaset dan 300 keping Pro-CD ke seluruh dunia. Trek-trek yang terkandung adalah trek yang dirakamkan pada tahun 2013 dulu dengan ahli-ahli asal.

2. Split pro-tape bersama Nachtkrieger juga diterbitkan pada hari yang sama, trek yang terkandung adalah tiga buah lagu yang sama di dalam album tetapi dengan kualiti bunyi yang berbeza dan tanpa Intro.


MEI 2015

1. Split CDR "Ini Adalah RAC!" menampilkan 4 kumpulan RAC tempatan iaitu Jugra, Skins, Bald Syndicate & Spiderwar telah diterbitkan oleh MTD Production dalam cetakkan terhad sebanyak 50 keping. Jugra menampilkan lagu-lagu cover yg diberi nafas cara Jugra iaitu "Generasi Baru" (cover Bound For Glory - Over the Top), "Nasional Sosialisma" (cover Honor - Narodowy Socjaliszm), "Wahai Melayu" & "Barisan Kita".


JANUARI 2015

1. Label tempatan MTD Production dan Night Art Production bersetuju untuk menerbitkan semula split Jugra & Via Dolorosa untuk pasaran tempatan.


DISEMBER 2014

1. Jugra menyertai gig Southern Attack JB di Larkin, Johor Bahru, Johor.

2. Split Jugra dan Via Dolorosa - Italian/Malay Uprising diterbitkan secara rasminya oleh Winter Solace Production dalam format kaset. Jugra mempertaruhkan lagu yang tidak pernah diterbitkan "Pembelot (Goodnight Left Side)" untuk split ini. Via Dolorosa adalah antara kumpulan NSBM paling berpengaruh dari Itali, terbitan ini juga mencipta sejarah sebagai terbitan pertama koloborasi Nasional Sosialisme Melayu bertemu NS Eropah sedikit sebanyak dapat memusnahkan tanggapan negatif puak haluan kiri.


NOVEMBER 2014

1. Jugra menyertai gig KL Hellbangers pada 15/11/2015 yang bertempat di Maluri, Kuala Lumpur dan merupakan gig pertama menampilkan ahli-ahli baru Jugra.


OKTOBER 2014

1. Daeng Lumania (Dram) meninggalkan Jugra secara rasminya dan tempatnya digantikan oleh Bert dari kumpulan Zeox's. Jugra juga telah menambah ahli dengan memasukkan Daeng Merah di posisi Gitar kedua dan Mat di posisi Bes. Dengan itu ahli lengkap Jugra dibarisi oleh Daeng Andika - Vokal, Daeng Kepalang - Vokal, Daeng Hitam - Gitar, Daeng Merah - Gitar, Bert - Dram dan Mat - Bes.


OGOS 2014

1. Jugra secara rasminya bersetuju dengan kontrak penerbitan-penerbitan materi di bawah syarikat rakaman berhaluan kanan dari Amareka Syarikat, Winter Solace Production. Syarikat rakaman ini akan menerbitkan rilisan-rilisan Jugra bermula hari ini. Kecuali atas persetujuan kesemua pihak jikalau ada syarikat rakaman lain ingin menerbitkan rilisan Jugra. Winter Solace Production juga akan mengambil alih tanggungjawab untuk menerbitkan album sulung Jugra yang telah tertangguh penerbitannya sebelum ini dan ia akan dijangka menemui pasaran pada awal 2015 mengikut jadual yang telah disediakan.

2. EP Huligan! diterbitkan secara rasminya oleh MTD Production dalam kuantiti sebanyak 88 keping bercetak format Pro-CDR.


JUN 2014

1. Rakaman untuk cd "Ini Adalah RAC!" yang akan diterbitkan sebagai split dengan 3 kumpulan RAC tempatan yaitu Bald Syndicate (Pulau Pinang), Spider War (Perlis) & Skins (Perak) selesai dengan jayanya di Studio Taman Sri Andalas, Klang, Selangor. Split akan diterbitkan oleh MTD Production. Jugra mempersembahkan 4 buah trek yaitu "Generasi Baru", "Barisan Kita", "Wahai Melayu" & "Nasional Sosialisme". Ke-4 4 ini sebenarnya adalah lagu kover yang telah diberi nafas baru dan disampaikan dengan cara tersendiri Jugra.


APRIL 2014

1. Rakaman EP Huligan! di studio Klang, Selangor. 4 buah lagu dirakamkan berjudul "Hari Perlawanan", "Gergasi Merah Kuning", "Huligan!" & "Malaya. Satukan Jiwamu". EP Huligan! akan diterbitkan oleh MTD Production dijadualkan pertengahan 2014.


FEBRUARI 2014

1. Daeng Hitam kini menyertai Jugra di posisi gitar utama

2. Gig MALAYSIAN REBELLING TROOPS 2014 diadakan di Waterplace Club, Heritage Row, Jalan Doraisamy Kuala Lumpur pada tarikh 09/02/2014. Jugra merupakan kumpulan pembuka acara dengan membawa 5 buah lagu.


SEPTEMBER 2013

1. 3 buah lagi lagu yaitu "Patriotik Metal", "K.M.M" dan "...Dan Rampas Kembali Kedaulatan Kita" telah dirakamkan pada lewat September 2013. 3 buah lagu ini akan digabungkan dengan 5 lagu yang terlebih dahulu dirakamkan untuk dimuatkan di dalam album penuh Jugra yang dijangka keluar awal tahun 2014.

2. Sesi penggambaran kedua Jugra diadakan di Bukit Jugra, Jugra, Kuala Langat, Selangor.


JULAI 2013

1. Gig DARAH & MARUAH: TROOPERS TOMORROW diadakan di Waterplace Club, Heritage Row, Jalan Doraisamy Kuala Lumpur pada tarikh 07/07/2013. Jugra merupakan kumpulan ke-3 beraksi pada hari tersebut dengan membawa 5 buah lagu. Promo 02 split Asal Usul bersama Maruah juga telah diedarkan secara percuma pada waktu persembahan dengan cetakkan terhad sebanyak 30 keping.

2. Perjumpaan buka puasa pada tarikh 27/07/2013 bertempat di Bukit Bintang, Kuala Lumpur.


JUN 2013

1. Jugra bercadang untuk mengeluarkan Promo 02 yang dijadikan sebagai terbitan split bersama Maruah (pra-Jugra).


MEI 2013

1. Sambutan hari peringatan 13 Mei 1969 diadakan di markas KL Troopers di Bukit Bintang.

2. Split Darah & Maruah 6 band Malaya diterbitkan oleh Hateful Production dari Brasil menampilkan 2 trek Jugra berjudul "Daulat Jugra" dan "Kebangkitan Bangsa".


APRIL 2013

1. Jugra akan memasuki studio lagi sekali untuk menyambung aktiviti rakaman untuk kontrakt album penuh pertama Jugra. Tajuk album dalam perancangan mungkin "Jugra" sahaja ataupun "NS Patriotik Metal" (masih dalam draf).

2. Halaman web Jugra dibuka secara rasmi 26/04/2013.

3. Rakaman untuk Split Jugra bersama band NSBM dari Jehrman Racial Purity selesai, menantikan waktu untuk diterbitkan oleh label.

4. GIG PERTAMA JUGRA "MARCH OF AGRESSION" di Pennylane Studio, Sunway Mentari pada tarikh 06/04/2013.


MAC 2013

1. PROMO 01 diterbitkan sebanyak 30 keping dan di-pos kepada label dan zine di seluruh dunia.

2. Sesi penggambaran Jugra di Pekan SS2, Petaling Jaya, Selangor.